
Sulit
5 tahun
Lepas operation patah kaki kanan
kenapa rasa sakit belakang belah kiri selepas beberapa bulan operation,disebabkan apakah foktor2 nya yg boleh berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.