
Sulit
5 tahun
Letih, kebas dan degupan laju
Pada hamil sy yg ke 4 sy telah didapati pengidap anemia. Sy sering letih, degupan laju.pd waktu mlm sy juga mgalami kebas. Apabila sy terkejut akan brlaku degupan yg laju dan kaki sy kesejukan. Adakah sy pengidap pnykt tiroid or anemia.

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Ujian darah diperlukan untuk mengenalpasti jika anda mengalami masalah tiroid atau anemia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh mendapatkan nasihat kesihatan jantung pada pautan di bawah. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!