
Sulit
3 tahun
Lewat datang haid selama 2 hari
Hai , saya remaja berumur 18 tahun , saya nak Tanya adakah kiraan haid setiap bulan sama atau berbeza? Sebabnya bulan lepas dan dua bulan lepas kiraan haid saya selama 28 hari dan esok nya haid, tetapi pada bulan ni sudah melebihi 28 hari dan lewat 2 hari, adakah biasa? Atau saya baru selesai sembuh dari Covid-19 adakah itu salah satu punya haid saya lambat

3 tahun
Salam sejah tera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda baru sahaja sembuh daripada Covid-19 dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kitaran haid anda yang kini lambat untuk beberapa hari.
Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,banyak dilaporkan gangguan kitaran haid selepas Covid-19.
Gangguan kitaran haid juga mungkin kerana beberapa faktor seperti tekanan,perubahan hormon dan sebagainya.
Adalah hanya merisaukan jikalau anda sering mempunyai masalah ini.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.