
Sulit
5 tahun
Lewat haid tp upt negatif dan kencing kotor
Saya last period 15/8 ,pd 15 dan 16/9 sy keluar spotting coklat di waktu pg saja pd 17/9 saya terasa sakit perut seperti nk period dan sy tlh pergi ke klinik pd mlm tersebut n doc sakit mengatakan rahim saya dinding tebal bila akan dtg haid…tp sampai ke hari ni sy tidak haid dan 3/10 sy. Saya kerap kencing pd waktu siang ,pening ,perut berangin ,kentut dan sendawa…Gi klinik Check upt negatif doc beritahu kencing kotor doc bg antibiotik dulu …nk tanya pendapat doc apa perlu sy buat …perlu ke sy amik ubt hormon untuk haid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing yang anda alami tersebut adalah baik untuk mengikuti nasihta doktor dan teruskan pengambilan antibiotik. Manakala masalah haid anda boleh berpunca daripada:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah fibroid - yang menekan rahim
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah kesihatan dan umur dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.