
Sulit
3 tahun
Lewat period dalam 2mnggu
saya mengalami masalah lewat period bulan ni sampai ke 2 mnggu . adakah sy hamil . pda awal sy check upt ngtive perlu sy check smula ke . simpton tu ada sikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, adalah disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan kencing jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, mengalami mual di pagi hari, dan kelewatan haid. Walau bagaimanapun, jika ujian menunjukkan negatif, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika haid masih tertangguh (melebihi 28 hari).
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.