
Sulit
4 tahun
Lidah dekat gigi gerham kanan luka hampir 1 tahun lebih
Saya wanita berumur 23 tahun bermula tahun lepas saya rasa sakit dibahagian lidah sampai tak boleh nak makan makanan pedas jadi saya ke klinik untuk mendapatkan kepastian berkaitan lidah saya tu, doktor kata ia hanya luka dan memberi saya antibiotik, lepas saya makan habis antibiotik tu luka masih tak hilang dan saya biarkan sahaja, tapi sampai sekarang lukanya tak hilang kadang2 rasa berdenyut2 dan sakit teramat sangat tapi jarang lah, biasanya akan sakit hanya bila saya makan makanan pedas, saya tak tahu puncanya apa, gigi saya di bahagian belakang agak condong ke dalam mulut dan bergesel dgn lidah apabila digerakkan, dua2 condong tapi hanya sebelah kanan yg luka, gigi geraham tengah saya belah kiri kena cabut masa tahun 2014 jadi agak susah saya nak makan di bahagian kiri sebab terkena gusi dan mengakibatkn luka digusi jadi saya banyakkan menguyah di bahagian kanan, kiri gusi akan sakit kalau saya makan belah kiri je dan kanan lidah yg sakit kdg2 dia sekali dengan ulser bertambah sakit, apa patut saya buat ya? Saya belum ke klinik gigi utk kepastian hanya ke klinik swasta biasa.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang sakit lidah dan telah mendapatkan rawatan antibiotik. Namun, anda sepatutnya menghabiskan antibiotik itu kerana anda dapati masalah itu berlarutan sampai sekarang akibat tidak menghabiskan ubat itu.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada bahagian lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Ulser
- Luka akibat makanan contohnya yang panas, tajam ataupun pedas
- Luka akibat tergigit atau struktur gigi yang tidak betul
- Cara memberus gigi yang salah
- Kurang menjaga kebersihan mulut
Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah:
- Memberus dan membersihkan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Memperbanyakkan minum air
- Mengelakkan pemakanan yang boleh mengiritasi kulit mulut dan lidah
- Mengunjungi doktor gigi setiap 6 bulan
Sebaiknya anda merujuk ke klinik kesihatan berdekatan dan meminta untuk dirujuk ke doktor pakar. Untuk mendapatkan konsultasi doktor kami, silakan klik (DoctorOnCall) ataupun mengunjungi klinik kesihatan yang berdekatan agar masalah kesihatan anda dapat diatasi dan tidak memburuk.
Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.