
Sulit
3 tahun
Lidah Naik benjolan besar Dan tonsil ada biji putih kekuningab
Saya wanita berumur 25thun…lidah & tekak Saya Naik benjolan².benjolan berbentuk V di bhgian dpn Dan bnyak bnjolan besar di sekitar benjolan V tersbyt.Dalam Masa yg sama tonsil Saya ada ketulan bewarna putih kekuningan…Saya seeing tekan, keluar biji putih kekuningan bau busuk…Saya nak tanya bahaya atau Tidak ya? Dan ia merupakan penyakit apa ya?.. sya ada p klinik ,diorg ckp ulser…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, tekak berjolan, ketulan putih kekuning di tonsil dan bau busuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan (virus atau kuman)
- Batu amandel
- SIsta amendel
- Alahan
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.