
Sulit
4 tahun
Lidah Terasa Bengkak
Hi, baru2 ini saya terkena ulser di mukosa pipi, sembuh selepas hampir 2 minggu. Semasa ulser saya juga rasa sakit gigi. Saya juga ada menggigit lidah bagi menghilangkan rasa sakit. Sekarang sudah sembuh dan tiada rasa sakit tetapi saya dapati lidah saya berasa payau dan bengkak, air liur di kawasan itu juga terasa berlebihan. Apa perlu saya lakukan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Sakit lidah, mulut & tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai potensi peristiwa trauma, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- tanda-tanda jangkitan kuman
- gangguan saraf & otot lidah
- gejala inflamasi
- komplikasi trauma yang lain
Disamping itu, diharapkan anda tidak lagi cuba mencederakan diri atau lidah untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit di masa akan datang, kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada lidah dan seterusnya komplikasi terkait trauma.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.