
Sulit
3 tahun
Lost memory atau pelupa
Saya remaja perempuan yang berumur 15 tahun .Saya sering menjadi pelupa atau hilang ingatan .Sebagai contoh,semasa berbual jika ada yang memotong percakapan saya… saya akan terlupa apa yang saya hendak cakap.Selain itu, Saya juga sering terlupa saya letak barang saya di mana.Contoh lain, kalau seseorang suruh saya buat sesuatu saya akan lupa.Dan saya juga lupa hari semalam.Sebagai contoh makan apa dan buat apa.Kadang kadang kalau saya akan teringat semua dan kadang kadang saya tak ingat langsung.Jadi saya ingin bertanya apakah ini penyakit.Dan ada penawar ke penyakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan berkaitan memori anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah cepat lupa atau hilang ingatan. Anda ingin mengetahui tentang penyakit yang mungkin dihidapi dan penawar untuknya. Saya akan cuba memberikan keterangan tentang keadaan ini sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh mengakibatkan seseorang mengalami hilang ingatan, antaranya adalah:
- Ubat-ubatan
- Alcoholic
- Penyalahgunaan dadah
- Kecedaraan di kepala
- Masalah kesihatan mental
- Kekurangan vitamin B-12
- Penyakit berkaitan otak
- Hypothyroidism
- Amalan gaya hidup yang tidak sihat
Anda disarankan untuk berbincang tentang perkara ini dengan doktor sekiranya anda mendapati keadaan ini mengganggu kehidupan harian anda.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.