iffakamalludin19
6 tahun
Loya dan kencing tidak lawas
Saya sering berasa loya, Dan nak muntah, oleh itu saya akan kemam Gula2, apakah sbb saya berasa loya dan bagaimana harus dibuat utk menghilangkan rasa loya itu? Selain itu, masalah kencing tidak lawas, boleh tak doc bgthu saya apa yg perlu dibuat utk dptkn kencing yg normal semula
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah loya ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pening kepala yang disebabkan vertigo
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- kehamilan (lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan wanita)
- Migraine
- Strok pada struktur otak cerebellum
- Kandungan potassium yang tinggi dalam badan
bagi masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan:
- masalah prostat (jika anda lelaki)
- Batu karang
- kurang minum air
- kegagalan buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit seperti kegagalan buah pinggang yang boleh menyebabkan anda bergantung pada dialisis seumur hidup anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































