
Sulit
3 tahun
Lubang faraj tertutup
Anak saya dah setahun sebulan lubang faraj tertutup… Masa saya bawak anak saya checkup, saya bertanya misi tentang lubang kemaluan anak saya. Misi saran kan pakai premarin cream… Betul ke doc?? Sebab saya search google cream ni, tak disarankan untuk kanak kanak.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anak anda, kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang sempurna dan tepat dalam hal ini.
Namun begitu, jika lubang faraj bayi anak tertutup anda perlu berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan ataupun pakar doktor kanak-kanak. Mereka akan menilai dengan lebih teliti jika anak anda memerlukan rawatan atau tidak. Kebanyakkan kes untuk masalah ini akan hilang dengan sendiri apabila bayi semakin membesar tanpa memerlukan rawatan.
Namun begitu, seseorang pakar kanak-kanak dapat memberikan nasihat dan rawatan yang tepat.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor atas talian untuk maklumat lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan; doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.