
nurularifahibrahim
5 tahun
Luka bersalin x bercantum elok
Saya berumur 23thun…bersalin secara vacum anak pertama… Luka agak teruk dan jahit byk… Sya masih dlm pantang 28hari…luka tidak bercantum dgn elok… Nampk mcm merekah tmpt pd koyakan… Adakah normal dan boleh baik jika luka dh sembuh… Jika bersama suami adakah akan koyak… Sbb nmpk merekah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana, sukar untuk ditentuan tahap perbaikan luka bersalin anda melalui deskripsi anda disini sahaja.
Seeloknya anda berbincang dengan doktor anda sewaktu pemeriksaan follow up nanti ataupun merujuk ke doktor kami agar dapat dilihat langsung. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.