
Sulit
5 tahun
Luka d dalam telinga
slmt malam dktr,sekitar 11 hri lalu sy dijangkiti kuman d telinga.dktr klinik swasta tu ckp dlm telinga sy luka.selepas ambil antibiotik,anti radang dan tahan skt,kesakitan sy berkurang dan hampir pulih sehingga hari ni.namun tdi ptg sy cuba bersihkn telinga sy menggunakan kapas dengan perlahan2 dan berhati2 dalam sekitar 6 saat saja tapi skg sy merasakn tidak selesa d dlm telinga dan sekitar leher.adakah kemungkinan jangitan kembali? bilehkah jika sy membeli ubat yg sama seperti sebelum ini d famasi berdekatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Rawatan lebih-lebih lagi antibiotik memerlukan prekripsi doktor dan kami memerlukan maklumat lanjut Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih