
Anonymous
5 tahun
Luka epitosiomi belum sembuh
Saya dah habis pantang tp luka epitosiomi belum sembuh lagi. Dan dia macam ada daging dan msih belum bercantum sebab masa saya berpantang jahitan saya terbuka. Saya dah sapu tp macam tak ada apa. Boleh doktor tlg saya suggest kan apa saya kena buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan pihak anda luka episiotomy tersebut akan mengambil masa untuk sembuh dengan sepenuhnya. Kadang kadang, luka episiotomi mengambil masa yang lama untuk sembuh jika anda mempunyai penyakit Kencing Manis semasa mengandung.
Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh dan jikalau anda mempunyai kebimbangan, anda dinasihatkan untuk ke klinik terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan terhadap jahitan dan luka episiotomi anda.
Untuk penerangan yang lebih terperinci, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.