
Anonymous
4 tahun
Luka jahitan bersalin normal
Sy wanita 26 thn mengalami Luka bersalin normal blm sembuh serta menyusukan ank…sy melahirkan bayi llki seberat 2.910kg…masa mgndung sy Ada risiko GDM (kencing manis).adakah kesan dr kencing Manis smsa mengandung…bagaimana Cara untuk buat Luka episotomi cepat sembuh sprt biasa …sy jg mglami sembelit…apakah punca sembelit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran anak anda.Untuk pengetahuan pihak anda luka episiotomy tersebut akan mengambil masa untuk sembuh dengan sepenuhnya dan oleh sebab anda mempunyai penyakit Kencing Manis semasa mengandung ia boleh melambatkan proses kesembuhan luka tersebut dan adalah biasa untuk mengalami semebelit selepas kelahiranan anak. Kemungkinan anda mengalami sembelit disebabkan oleh:
- kekurangan pengambilan air dan buah buahan
- tidak mengabil ubat pelembut najis
- kawasan faraj yang mengembang dan sakit
Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh dan jikalau anda mempunyai kebimbangan anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.