
hazwanikadri
5 tahun
Luka pada jahitan selepas bersalin
Sudah genap sebulan saya melahirkan anak sulung dengan berat 3.2kg secara normal. Tetapi saya menghadapi komplikasi seperti ‘bleeding’ dengan kehilangan darah sebanyak 200ml. Bukan itu sahaja, terdapat luka besar di vagina seperti yang diberitahu doktor ‘multiple vagina wall tear’. Selepas selamat melahirkan doktor terus menolak saya ke dewan bedah untuk di ‘repair’. Pada ketika ini saya hilang lagi 500ml darah sehingga doktor terpaksa memasukkan 1 bag darah. Saya sudah pon menghabiskan antibiotik yang dibekalkan. Yang menjadi tanda tanya, sudah sebulan…mengapa saya rasa sakit
dan pedih di bahagian dalam vagina. Jahitan di luaran kering, bila disentuh dan ditekan tidak rasa sakit. Mengapa saya berasa pedih yang teramat di bahagian dalam? Apabila kencing okay, tak rasa pedih dan sakit. Sekiranya saya ingin memakai kain batik, perlu mengangkat sebelah kaki. Saya perasan kalau angkat kaki kanan, terasa sangat sakit di vagina. Lagi satu, sekiranya saya ingin menahan air kencing daripada keluar pon terasa sakit dan pedih. Saya perlukan penjelasan dari doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Melahirkan bayi merupakan pengorbanan besar oleh seorang wanita. Berdasarkan keterangan puan, terdapat beberapa tahap untuk vagina wall tear. Antara penyebabnya adalah
- koyakan turut melibatkan kecederaan terhadap otot perineum
- luka masih belum sembuh
- jangkitan kuman pada bahagian lukaan
- kecederaan pada struktur lain seperti pundi kencing
Sekiranya ianya masih berlarutan, anda boleh berjumpa dengan pakar sakit puan anda untuk tindakan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.