
Sulit
4 tahun
Lutut bengkak dan sakit
Lutut saya bengkak sebab saya jatuh dan terhentak di bhgian kaki. Timbul bengkk dan lebam dibhgian luar lutut kanan saya. Saya dah pergi klinik 5 hri lepas. Doktor xray kte tkde patah or retak. Dan beri saya ubat tahan sakit sapu dan makan.
Harini bhagian bengkak tu menjadi keras dan semakin sakit,panas dan berdenyut. Kadang2 bhgian bwa peha saya terasa sakit juga dan atas tapak kaki saya(dekat ibu jri kaki) timbul lebam secara tiba2.Knpa ye? Perlu ke saya ke klinik semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya menyarankan untuk anda pergi mendapatkan rawatan di klinik lagi. Hal ini kerana terdapat kemungkinan kaki anda mengalami keradangan melalui maklumat yang anda berikan. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.