Anonymous
6 tahun
Lutut berbunyi dan sakit
saya wanita berusia 27 tahun… saya ingin bertanya dengan doktor saya mengalami lutut berbunyi…ketika saya solat atau jika saya mahu bangun dari tidur ia berbunyii… kadang2 saya akan rasa sakit dibahagian belakang lutut. untuk pengetahuan doktor saya pernah mengalami kemalangan 3 tahun lepas. bolehkah saya tahu apakah penyebabnya dan cara mengubati?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit lutut pada usia muda adalah jarang berlaku. Namun begitu, terdapat kemungkinan anda mengalami pada bahagian tersebut ketika kemalangan 3 tahun yang lalu.
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan terhadap lutut anda perlu dilakukan. Oleh itu, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut di hospital atau klinik terdekat. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.





























