
Sulit
5 tahun
Lutut kanan lebam disisi
Hai. Saya nak tanya.Tiga hari lepas lutut saya berbunyi kuat dan sakit mse tu. Sakit dan tidak boleh membengkok dan meluruskan kaki saya. Selepas dua hari kaki saya boleh bengkok dan luruskan. Tetapi saya dapati ada lebam kecil disisi lutut kanan dan sakit apabila disentuh. Kaki saya juga bunyi krek2 apabila dipusingkan dan sakit dibahgian betis dan rasa tidak selesa. Sebelum ni kaki saya tk rse mcm ni.Boleh saya tahu kenapa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ligamen Cruciate terkoyak atau terseliuh
- Tendon koyak
- Kecederaan Meniscal
- Dislokasi Lutut
- Dislokasi patella
- Tulang retak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.