
Sulit
4 tahun
Lutut lenguh Dan berbunyi
Hai doktor… sy berumur 23 Thun… lutut sy kerap berbunyi seperti cripitus… is berlaku dgn kerap terutamanya ketika sy lenguh… kdg2 with duduk… n sy melakukn sedikit pergerakan… n lutut sy akn hasilkan bunyi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes lutut yangberbunyi ini tidak menjadi masalah. Ianya disebabkan oleh gelembung gas di kawasan sendi pecah apabila anda menggerakkan sendi tersebut. Namun, jika anda juga mengalami kesakitan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk berjumpa doktor bagi memeriksa lutut anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.