zilaawaniew
5 tahun
Lutut retak dan urat trluka
Sy 33thn ingin brtnya cara utk merawat tulang retak dan urat trluka.dibahgian retak terasa ngilu.rasa ngilu tu bpunca di retakn atau urat yg luka tu doc.adakah urat yg luka tu dpat smbuh dgn mkn ubat tnpa pembedahn.ubat apa utk merawat urat terkoyak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, diskripsi mengenai urat ini tidak berapa jelas kerana ia boleh jadi saraf, tendon, ligamen, saluran darah, otot mahupun lapisan tisu antara tulang. untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai jenis luka pada “urat” anda, lebih maklumat diperlukan serta pemeriksaan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



















