
Sulit
4 tahun
Lutut sakit dan tidak selesa
Hi doc, saya berumur 14 tahun, perempuan… lutut saya selalu rasa sakit dan tidak selesa di sebelah kiri selama seminggu ketika berjalan tetapi kalau saya duduk dan baring lutut saya tidak sakit cuma tidak selesa sahaja…Pada saya umur 5 tahun dulu saya ada cyst di bahagian lutut saya… Dan dapat rasa timbulan bulat di lutut saya… tetapi nak dapatkan cyst saya timbul, saya nak kena bengkokkan kaki saya baru dia timbul and dapat rasa… kalau saya luruskan kaki saya cyst tu tidak boleh dirasa… saya telah pergi ke hospital kerana cyst saya tu pada waktu umur 6 tahun tetapi doktor kata cyst tu boleh hilang dengan sendiri lagipun masa dulu cyst tu tak menyakitkan lutut saya… Dan sekarang saya cuba bengkokkan kaki saya untuk tengok cyst tu ada lagi ke tidak. Dan cyst saya sekarang ni saya rasa makin kecil tapi keras sikit berbanding dengan dulu. Saya selalu rasa tidak selesa di lutut saya semasa saya cuba untuk bengkokkan kaki saya. Dan semasa saya nak luruskan balik saya punya lutut rasa sangatlah tidak selesa and sakit kadang kadang lutut saya ada buat bunyi jika saya mahu luruskan kaki saya… adakah sakit dan rasa tidak selesa ini dimengenakan dengan cyst di lutut saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan yang anda alami boleh disebabkan cyst pada bahagian belakang lutut anda tetapi disebabkan saya tidak dapat melihat dan periksa secara fizikal, saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang sempurna dan tepat. Namun begitu, terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan lutut anda berasa sakit seperti:
- Penggunaan lutut yang berlebihan seperti melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan sendi lutut secara berlebihan. Ini akan menyebabkan cecair pada sendi lutut menjadi nipis dan menyebabkan permukaan tulang sendi menjadi mudah terhakis dan rapuh.
- Kekurangan nutrisi dalam badan atau dehidrasi yang boleh menjejaskan rembesan cecair pada sendi lutut sebagai sejenis pertahanan.
- Kecederaan pada lutut
- Masalah pengsarafan pada lutut yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Ketegangan otot atau sendi lutut akibat elektrolit yang kurang dalam badan
- Penyakit sistemik auto-imun seperti penyakit reumatik ( Rheumatoid Arthritis ) yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi-sendi seperti lutut, pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki
- Penyakit Gout iaitu sejenis penyakit dimana badan anda mengandungi asid urik yang tinggi.
- Keradangan pada sendi lutut yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman. (Selalunya ia akan berlaku pada satu belah lutut sahaja).
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.