
Anonymous
5 tahun
Maaah haid tidak normal
Saya wanita berumur 20 tahun mempunyai masalah haid. Saya tidak mengamalkan pil hormon atau supplements, tidak melakukan hubungan seks dan juga berat badan saya normal dan seimbang. Saya mempunyai masalah haid tidak menentu sejak saya muka hiad. Adakah ini normal? Adakah keputihan juga merupakan salah satu faktor? Adakah ini akan menyebabkan mandul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, apakah yang anda maksudkan dengan masalah haid? Adakah anda mengalami haid tidak teratur haid sakit? Haid lewat? haid bepanjangan? atau masalah lain?
Keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih