
Sulit
4 tahun
Macam ada bergerak dlm perut
Saya berumur 24 tahun … Sejak kebelakangan ini sya sering sakit punggung…klau waktu mlam baring tidur terpaksa mengiring.sya merasakn ada benda begerak dlm perut … Sya ada dtang bulan … Darah kluar pun normal …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan “bergerak” yang dimaksudkan oleh anda. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan mengapa seseorang mengalami sakit perut, seperti:
- Jangkitan usus
- Pergerakan usus yang aktif
- Masalah penghadaman
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.