
syazlinrahim304
5 tahun
Macam mana nak buat saringan covid-19 di klinik/hospital?
Saya dah pergi ke klinik kesihatan yang telah ditetapkan untuk menjalani saringan covid-19 kerana saya mengalami sakit tekak dan batuk kering. Tapi bila sampai di hospital doktor cuma cek tekak dan paru2 (test bernaf5as) saya sahaja. Kemudian saya tanya doktor tu tak perlu ke buat saringan untuk covid-19? Lepastu dia kata pemeriksaan tu dibuat sekiranya ada kriteria tertentu sahaja seperti sejarah ke luar negara ataupun berkaitan dengan pesakit covid-19. Jadi macam mana ni doktor? Apa pandangan doktor adakah saya perlu buat saringan di klinik lain atau tidak perlu. Mohon pencerahan.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda. Memandangkan anda telahpun menghadirkan diri serta diperiksa oleh doktor di klinik kesihatan. Maka, tiada keperluan bagi anda membuat saringan di klinik lain. Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda dan pandangan daripada doktor yang memeriksa anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini