
amran
6 tahun
Macam mana nak cegah strok?
Hai doktor, boleh bagitahu macam mana nak cegah strok? Saya berusia 40 tahun, saya dengar strok senang dapat bila umur meningkat. Ada tak apa-apa yang saya boleh lakukan?

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Amalan gaya hidup yang sihat akan membantu anda mencegah strok.
Faktor-faktor utama yang meningkatkan risiko menghidap strok adalah:
- Berat badan berlebihan
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
- Merokok
- Kurang bersenam
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
Diet pemakanan yang sihat adalah penting untuk mengurangkan risiko strok.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan menghindari makanan segera serta makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat, lemak atau garam yang tinggi.
Hentikan tabiat merokok dan pengambilan minuman keras. Selain itu, bersenamlah selama satu jam setiap hari.
Jika anda menghidap sebarang jenis penyakit, patuhi nasihat doktor dan makan ubat seperti yang ditetapkan.
Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan emosi seperti yoga kerana stres meningkatkan risiko serangan strok.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Banyak faktor boleh meningkatkan risiko strok anda.
Sesetengah faktor juga boleh meningkatkan peluang anda untuk mengalami serangan jantung.
Faktor risiko strok adalah:
- Berat badan yang berlebihan
- Gaya hidup yang pasif
- Sering minum minuman keras
- Penggunaan dadah seperti kokain dan methamphetamines
- Bacaan tekanan darah yang melebihi 120/80 mm Hg
- Merokok atau pendedahan kepada asap rokok
- Kolesterol tinggi
- Diabetes
- Penyakit kardiovaskular seperti kegagalan jantung, kecacatan jantung, jangkitan jantung atau irama jantung yang tidak normal
- Berusia
- Pengambilan pil hormon
Senaman, menguruskan tekanan, mengekalkan berat badan yang sihat dan mengehadkan jumlah natrium dan alkohol yang anda makan dan minum boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi anda.
Amalkan diet seimbang dan elakkan makanan yang berkolesterol dan berlemak tinggi, terutamanya lemak tepu dan lemak trans kerana ia boleh membentuk plak di arteri(di otak) anda seterusnya mengakibatkan strok.