
fatinnfantastic
5 tahun
Makan maggi semasa hamil
Doc. Kehamilan saya sudah 30 weeks . Boleh atau tidak saya makan maggi waktu hamil? Ada effect apa apa tak? Tapi saya makan hanya sekali dalam masa sebulan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, maggi merupakan makanan yang tingg kandungan garamnya. Sebarang makanan yang tinggi kandungan garam tidak disarankan untuk makan secara kerap sewaktu kehamilan atau tidak. Tiada sebarang bahan yang boleh memudaratkan kandungan secara lansung melalui makanan ini. namun, ia bukanlah makanan yang sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.