
zenahmahadi
3 tahun
Makan pil perancang untuk haid normal
Assalamualaikum dr ,saya nak keoastian betulkah pil perancang .ampu mmebuat kitaran haid menjadi normal.? Saya mengalami haid dimana kurang drpd 21 hari …dan telah berlanjutan selama 4 bulan… saya mendapat nasihat dimana dengan memakan pil perancang akan membuatkan haid saya kembali normal … saya juga merancang untuk mendapatkan anak …tetapi disebabkan saya mengalami haid begitu …samapai sekarang masih belum pregnant .saya juga sangat aktif dalam hubungan seks …adkh ianya menjadi punca haid saya menjadi tidak teratur .?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin tahu jika penggunaan pil perancang boleh membuatkan kitaran haid menjadi normal. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Stres
- Berat badan berlebihan ataupun berkurangan
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
Namun, rawatan untuk masalah haid tidak teratur adalah berdasarkan puncanya. Doktor akan memberikan rawatan pil perancang kombinasi ataupun progestin sekiranya masalah anda adalah disebabkan oleh gangguan hormon. Anda memaklumkan bahawa anda merancang untuk mendapatkan anak, oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk meningkatkan kesuburan kerana penggunaan pil perancang tidak disarankan untuk wanita yang cuba mengandung. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan