
Anonymous
6 tahun
Makan Sayur Najis Berwarna Gelap
Hi Dr. Saya berumur 23 tahun dan mengalami sakit dibahagian kana abdomen. Saya pernah dijangkiti kuman h pylori dan kolitis 3 tahun lepas.
Sekarang saya mengamalkan makan sayur yg banyak seperti sawi, bayam dan ulam. Saya juga mengambil arabic gum sebagai supplement usus.
Apabila membuang air besar, najis saya kadang kadang keras gelap dan adakalanya cair berlendir dan terdpt sedikit darah.
Mohon pencerahan Dr tentang warna najis dan pemakanan saya.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Untuk mengetahui tahap keseriusan gastrik atau ulser perut anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.