
Sulit
4 tahun
Makan ubat kesihatan
selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan saya mengalami masalah jerawat di dahi sejak beberapa bulan yang lalu dan ia secara tiba tiba. adakah ia merupakan kesan sampingan daripada pengambilan evening primrose yang saya ambil? atau mungkin ada sebab lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah jerawat adalah antara masalah yang sering menjadi punca kerisauan dalam kalangan remaja. Antara faktor terjadinya jerawat adalah seperti faktor genetik (keluarga), perubahan hormon ketika remaja dan kebersihan muka. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
- Elakkan memakai terlalu banyak produk rambut
Masalah jerawat ini memerlukan masa (berbulan-bulan) untuk sembuh dan adakalanya mengambil masa bertahun. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.