noorsuriani26.ns57
4 tahun
Makanan solid selepas tonsillectomy
Sy wanita 24 tahun… Pd hr ke 3 sy operation buang tonsil dan adenoid… Serta bsarkan ruang penafasan… Sy sudah belajar makan solid food… Walaupun sakit saya ttap telan juga bersulam air… Adakah luka2 operation saya akan bleeding sekiranya sy terus makan solid food wlaupun sakit? Dan benarkah minuman manis dan produk tenusu menyebabkan luka operation makin teruk dan menyebabkan scabs makin tebal? Terima kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, makanan pejal yang terlalu keras atau yang tidak dikunyah dengan baik boleh menyebabkan pendarahan luka kembali. Namun begitu, ianya jarang berlaku selepas 3 har pembedahan tamat. Sekiranya anda berasa risau, anda boleh mencuba makanan semi-pejal untuk tempoh seminggu selepas pembedahan anda. Makanan manis secara amnya boleh menyebabkan luka lambat sembuh akibat jangkitan kuman ataupun gangguan sistem imun membaiki luka. Oleh yang demikian, sekiranya anda kerap makan atau minum benda manis, maka anda boleh mengurangkan pengambilannya. Sekiranya berlaku pendarahan atau kesakitan, anda boleh merujuk semula kepada doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Sekian