
Sulit
4 tahun
Makanan untuk pesakit covid-19
Jika kena covid-19 apa kah ubat atau makanan yg bagus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui jenis makanan dan ubat yang sesuai bagi pesakit COVD-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan pada tahap yang optimum. Tubuh badan memerlukan makanan yang boleh memberikan tenaga agar kita dapat kekal aktif dalam aktiviti harian.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan jenis makanan ataupun ubatan yang sesuai berdasarkan kepada keperluan
dan kondisi anda bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan daripada COVID-19.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan jenis makanan yang sesuai untuk pesakit COVID-19.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini