Sulit
6 tahun
Mangalami Sakit perut yg teruk
Waktu saya dajah 6 sya selalu skit perut hingga sekarg masih juga mengalami pekara tersbut. Sya prnh brjmpa doktor,tetpy dia ckp sya x mebgalami apa2 mslh penyakit. Saya juga jrg bersenam kerana klau saya brsnm perut sya akan skt… Sehingga saya x mampu untuk brjln. Sakit itu akan datng bila2 masa shja x kira masa brsnm, dtg haid, atau melakukan aktiviti harian.saya akan mengeluarkan peluh yg banyak dan muka saya pucat apabila saya mengalami sakit perut mudah-mudahan lagi apbla waktu dtg haid… Disini saya ingin menanyakan kpn sya mengalami sakit perut yg teruk sekli… Apakah sebab berlakunya demikian?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah perut; gastritis, ulser diperut
- Masalah usus; radang usus, kantung diusus yang dikenali sebagai diverticulitis
- Masalah buah pinggang; batu karang, jangkitan buah pinggang
- Masalah struktur rahim atau organ repoduktif; cysta ovary, fibroid, endometriosis
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak kecil, anda disarnakan untuk mendapatkan rawatan lanjut secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























