
Sulit
4 tahun
Masa lompat sakit bawah perut
Saya nak tanya baru baru ni saya selalu rasa sakit dekat area bawah perut dengan area belakang pinggang masa tengah lompat lompat boleh saya tau kenapa

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu sakit bawah perut. Namun begitu, maklumat lanjut daripada anda harus kami perolehi sebelum sebarang kesimpulan dibuat berkenaan punca sebenar sakit yang anda alami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit bawah perut:
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- Keradangan saluran kencing
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu dalam buah pinggang
- Irritable Bowel Syndrome
Tambahan, khusus pada wanita, sakit bawah perut dapat disebabkan oleh:
- Haid ( menstrual cramp)
- Endometriosis
- Ovarian cyst
- Hamil di luar rahim
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih