
Sulit
2 tahun
Masalah berkenaan kandungan 39week Dan apa yg perlu dilakukan
Saya sedang mengandung 39week, nak Tanya normal ke rasa sengugut yang amat sakit dan terlalu kerap…perlu ke sy pergi hospital?? Sebab sy masih menunggu tanda seperti lendir darah atau mentuban? Tapi tiada apa2 tanda lagy…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penguncupan Braxton hicks
- Tanda-tanda bersalin awal (gejala berkaitan bilangan kontraksi dan tahap kontraksi, sakit belakang dan sakit kaki, pecah air ketumban)
- Masalah anggota di bahagian bawah perut kanan; radang appendiks, penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease), masalah ovari (Ovarian cyst)
Tanda-tand bahawa seseorang itu akan beranak adalah seperti berikut:
- Pecah air ketuban
- Kontraksi yang sekata
- Pendarahan kecil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.