
Sulit
3 tahun
Masalah bersin tak lepas
Saya seorang lelaki berumur 25 tahun dan mengalami masalah resdung sejak dari kecil. Seperti kebiasaan saya akan mudah bersin jika terdedah kepada habuk dan sebagainya, tetapi sejak minggu lepas, saya perasan yang susah untuk bersin seperti selalunya, setiap kali hendak bersin tak lepas-lepas, dan ianya agak mengganggu, masalah ini masih berlarutan sehingga ke hari ini, adakah ini normal atau patut saya risaukan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegelisahan anda mengenai gangguan bersin yang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya resdung atau radang sinus merupakan keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus yang dapat berpunca dari alahan, iritasi kimia, jangkitan kuman atau ketumbuhan dalam hidung (polyp). Radang sinus boleh memberikan gejala seperti
- Hidung tersumbat
- Sakit kepala atau muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Hilang deria rasa dan bau
Oleh kerana gangguan bersin boleh berpunca dari pelbagai faktor, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.