Sulit
2 tahun
Masalah bipolar disorder
Saya Awatif. Seorang wanita yang berusia 20an. Saya sendiri keliru dengan diri sendiri. Saya sering mengalami masalah perubahan mood secara tiba². Kadang saya cakap tanpa henti. Kadang saya rasa nk gelak sorang². Kadang saya terfikir nk makan tanpa henti. Kadang saya sedih tanpa sebab. Kadang saya akan naik angin bila ibu dan orang sekeliling bercakap banyak dan terus salahkan saya untuk sesuatu masalah. Saya akan terus baling barang yang ada didepan saya dan terus cederakan orang sekeliling sehingga pernah berlaku gelutan antara saya dan ibu. Gelutan tersebut menyebabkan saya sendiri tewas sehingga hampir kehilangan nafas, manakala ibu saya mengalami luka di badan dan berdarah di anggota badan. Kemarahan saya akan turun bila diri saya penat dan hilang tenaga. Masalah saya seperti ini telah menjadi rutin.
Saya mohon dokter bantu saya. Adakah saya mempunyai masalah bipolar?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perubahan emosi secara tiba-tiba dan juga gejala-gejala yang mengganggu perasaan anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih