
Sulit
4 tahun
Masalah bisul dan benjolan
Saya lelaki berumur lingkungan 20 an, masalah ni bermula apabila sebelum ni saya ada bisul di bahagian belakang peha kiri dan pecah selepas beberapa hari. Pertanyaan saya ialah, bisul saya tu tidak lagi keluar darah (sudah empat hari) atau nanah dan bile dirasa seperti kulit sudah menutupi lubang bisul tu, cuma ia meninggalkan bejolan berwarna merah gelap.
Adakah benjolan itu parut disebab kan sudah 4 hari tiada apa perubahan padanya atau ia adalah bisul juga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika ia telah kering, kebiasaannya bisul tersebut dalam proses penyembuhan.
Namun, jika ia kembali bernanah dan berdarah, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan.
Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpsti punca sebenar masalah anda. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.