Sulit
3 tahun
Masalah bongkok ,nak tegak tak boleh :unamused:
Saya menghadapi masalah bongkok…nak tegak pun asyik bongkok je…dah buat senaman tapi tetap bongkok…MCM mna nak hilangkan bongkok…sy pun tak tahu bila dia terjadi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan selamat petang, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang keadaan yang anda hadapi mengenai masalah bongkok. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
Bagi mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan untuk
- Membuat senaman dan regangan yang betul.
- Mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul
- Mengurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.