
Sulit
4 tahun
Masalah buah pinggang dan vaksin COVID-19
Hai doktor, saya Lelaki, 45 tahun. Untuk makluman doktor, saya mempunyai penyakit buah pinggang. Adakah saya boleh ambil vaksin COVID-19. Saya masih ragu-ragu doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah buah pinggang. Menurut doktor pakar diseluruh dunia, kebaikan dan manfaat vaksin adalah lebih baik berbanding dengan komplikasi yang bakal terjadi sekiranya individu dijangkiti COVID-19 kerana virus ini akan membawa kemudaratan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai penyakit kronik. Justeru pencegahan melalui vaksin adalah digalakkan. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Masih gusar dengan masalah buah pinggang/tiroid/hati anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini