Sulit
3 tahun
Masalah buah pinggang kecut
Hye saya zara, saya nak tanya mak saya ada penyakit darah tinggi dan bulan lepas baru sahaja dapat tahu buah pinggang mak saya kecut berpunca dari darah tinggi. So saya nak tahu perlukah mak saya buat dialisis?.
Tetapi mak saya tiada masalah untuk membuang air mahupun kaki mengalami bengkak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Saya berpendapat ibu anda mengalami masalah buah pinggang atrophy disebabkan penyakit darah tinggi yang kronik.
Saya pasti anda mendapatkan maklumat ini hasil dari pemeriksaan doktor. Sekiranya ibu anda memerlukan rawatan dialisis, doktor akan memaklumkan kepada pesakit serta keluarganya. Hal ini kerana terdapat banyak proses yang diperlukan sebelum seseorang menjalani rawatan dialisis. Oleh itu, saya rasa doktor yang menilai ibu anda belum melihat keperluan untuk melakukan dialisis lagi.
Untuk makluman anda, walaupun salah satu buah pinggang rosak, dialisis tidak diperlukan sekiranya satu buah pinggang masih berfugsi dengan baik. Maka, saya nasihatkan anda menasihati ibu anda untuk mengawal penyakit darah tinggi beliau agar fungsi buah pinggannya tidak terjejas dengan lebih teruk lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat ibu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.