Sulit
3 tahun
Masalah buah pinggang untuk warga emas
Ibu berumur 68tahun. Paras kreatinin 194umol/L. Adakah ianya berada pada tahap yang bahaya? Apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan paras kreatinin tersebut? Ibu ada penyakit kencing manis & darah tinggi. Masih lg makan ubat dr klinik kesihatan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan creatinine buah pinggang itu menggambarkan tahap kerosakan buah pinggang ibu anda. Pada bacaan setinggi 194, boleh dikatakan ibu anda berada di tahap sederhana kerosakan buah pinggang.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada buang air besar, buah pinggang manusia juga adalah merupakan organ perkumuhan. Buah pinggang berfungsi untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah, meregulasi tekanan darah, mengimbangkan elektrolit badan (contohnya Potassium K+ daripada pisang) serta memproduksi hormon untuk membentuk sel darah merah. Buah pinggang bekerja dengan menapis darah yang kotor dan mengeluarkan kotoran melalui air kencing.
Pada kondisi fungsi buah pinggang telah gagal sama sekali, hal-hal yang akan terjadi adalah:
- Kotoran dalam tubuh berkumpul menjadi toksik
- Penat kerana sel darah mulai berkurang
- Air dalam badan berkumpul kerana tidak dapat dibuang
- Sesak nafas kerana air banyak
- Sawan kerana toksik yang pergi ke otak
- Rentan terkena jangkitan
- Kematian
Terdapat pelbagai cara dan rawatan untuk menghadapi masalah seperti ibu anda. Memandangkan ibu anda juga menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, sebaiknya anda berbincang dengan doktor dan ibu anda teknik perawatan terbaik yang sesuai dengan gaya hidup ibu anda.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.