
Anonymous
5 tahun
Masalah buang air besar seperti cirit birit sejurus setiap kali selepas makan
Saya perempuan berusia 34 tahun. Belum berkahwin.
sejak 2 ke 3 bulan kebelakangan ni saya perasan selera makan saya semakin menurun. Ade rasa nak makan tapi bila makan tak habis.
Bila makan sesuatu yg bersusu//bergoreng saya akn cepat rasa nk muntah rasa mual di mulut.
Kalau saya tak makan pun, dengan tidak semena-mena saya akan rasa mual nk muntah.
Dan masalah yang paling saya nampak ketara adalah bila saya lps makan sesuatu…slps beberapa minit sy perlu segera berlari ke tandas untuk buang air besar. Saya dah tak boleh nak menahan walaupun seketika. Najis seperti keadaan cirit birit. 3x makan, tiga kalilah bgitu sehingga saya rasa takut untuk makan.
Saya tidak mengalami sebarang sakit pada abdomen. Cuma sy cepat rasa penat. Rasa letih dan tidak selera makan.
Saya rasa badan saya tidak normal mcm kebiasaan;
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- 'Irritable bowel syndrome’
- Radang usus ‘inflammatory bowel disease’
- Radang hempedu atau “cholecystitis”
- Radang pankreas atau “pancreatitis”
- Gastrik
- Masalah kelenjar tiroid terlalu aktif
- Pengambilan ubat-ubatan
Oleh kerana anda mengalami masalah ini lebih dari seminggu, anda amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.