zuljiha93
6 tahun
Masalah chronic back pain
Saya berumur 26tahun. Saya sudah 6 tahun sakit chronic back pain. Saya ada masalah seperti tangan selalu kebas dan kaki terasa lenguh. Serba sedikit ianya mengganggu fokus saya untuk bekerja dan tidur pada waktu malam. Keadaan ini kerap terjadi apabila saya memikul satu masalah yang besar dan tiada kerjasama dari rakan sekerja. Setiap kali ada masa rehat, saya hanya ingin terbaring sahaja tanpa melakukan apa2 kerja. Macam mana saya nak hilangkan kebas tangan dan lenguh kaki ini? Adakah ianya juga akibat daripada chronic back pain?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Kebas tangan dan lenguh kaki ini mungkin disebabkan oleh sakit belakang ini. Punca seperti spondylolisthesis ini boleh mengganggu sistem saraf ini dan menyebabkan kawasan yang disalurkan berasa sakit atau kebas. Gejalanya boleh berbeza berdasarkan tahap saraf yang diganggu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































