
Anonymous
5 tahun
Masalah darah beku ketika hamil
Hi doc. Saya ira… Saya mengandung muda… Minggu leas saya ada pergi ke hospital kerana terlewat period dan ada buat ujian air kencing… Dalam statetment tu mengatakan yang saya pregnant tapi masih dalam masa (weak positif). Dan hari ini saya ada buat sedikit kerja berat dan petang sebelum berbuka, saya buang air kecil tapi saya tengok ada ketulan darah sedikit kluar masa buang air… Boleh saya tahu tentang darah itu doc. Trima kasih

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda mengalami sakit perut adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih