Anonymous
5 tahun
Masalah Darah haid kurang
saya berumur 32 tahun.belum berkahwin,bekerja sebagai kerani kilang.sejak setahun yang lepas saya perasan haid saya dalam 3hari sahaja banyak dan pada hari ke5 kering.kiraan kitaran haid saya 25hari sahaja dari hari pertama datang haid .setiap bulan.adakah ia normal @ saya ada mengalami masalah kesihatan.
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, tempoh kitaran haid normal adalah 21-35 hari dan tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari.
Jadi, kitaran haid dan tempoh haid anda adalah dalam lingkungan tempoh normal ini. Anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut sekiranya mengalami masalah lain seperti sakit ketika haid yang melampau, tidak datang haid atau haid tidak teratur.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


























