
Anonymous
5 tahun
Masalah darah Haid yang sikit
Saya berusia 39 dan selepas melahirkan anak ke-4, darah haid saya adalah sangat sedikit sehingga kini ( anak dh berusia 3 tahun), pink dan cair. Kitaran haid saya setiap bulan adalah 43-45 hari setiap bln. Apa yg pelik, 2 mggu sblm haid perut sy akan kelihatan besar. Tp bila ms haid, darah keluar dgn sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid.Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid yang sedikit adalah sukar kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.