
Anonymous
4 tahun
Masalah datang bulan dan darah yang turun hanya setitik
Saya wanita dalam 20an saya lewat datang bulan 4 hari. Sebelum ni saya tk pernah lewat dtg bln. Selepas 4 hari pada itu, saya dtang bulan tetapi darah yg turun setitik dua saja. Hari kedua pagi turun stitik dua, selepas petang turun banyak sikit dari tu. Senggugut yg teruk saya alami dari seblum turun nya darah setitik dua itu. Boleh saya tahu apa maslah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang sedikit termasuk:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.