
Sulit
3 tahun
Masalah demam anak berusia 4tahun
anak sy lelaki umur 4 thun, sejak 2mggu ni dia demam 2hari baik 3/4 hari dan demam semula… masa demam badan dan muka dia naik merah² dan sembab… sy bawa ke klinik doktor ckp demam sbb virus hanya bg ubat peracetamol. tetapi dah 2mggu tetap sama . sekejap baik sekejap demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut penjelasan anda, anak anda sedang mengalami gejala demam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak sememangnya akan mudah jatuh sakit disebabkan oleh sistem imuniti yang rendah. Ini adalah perkara yang agak normal dan tidak perlu dirisaukan. Antara punca bagi gejala yang anak anda alami adalah seperti berikut :
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan pada telinga
- Demam pasca vaksinasi
Sekiranya gejala demam berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor supaya rawatan dapat diberikan bagi anak anda.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.