
Anonymous
5 tahun
Masalah ED atau mati pucuk
Saya berumur 41 tahun. Mengalami diabetis sejak setahun lepas. Berat badan 6 bulan lepas ialah 139 kg. Tengah berusaha menurunkan berat badan. Berat badan semasa 131kg. Apakah rawatan/ubat yg sesuai untuk ED yg saya hadapi. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Ubat mati pucuk paling berkesan dan selamat di pasaran ialah Viagra, Iqnyde, Cialis, Levitra. Anda boleh dapatkan ubat mati pucuk di farmasi.Ubat sapu krim bernama alprostadil boleh digunakan oleh pesakit mati pucuk.
Alprostadil juga merupakan salah satu ubat yang membantu menambah diameter saluran darah pada zakar bagi meningkatan perjalanan darah ke kawasan tersebut.
Suntikan ubat Alprostadil,sebelum ubat makan digunakan secara meluas, cara juga suntikan biasa digunakan oleh para pesakit.
Ubat pelet Alprostadil,Pelet alprostadil berbentuk peluru kecil digunakan dengan cara memasukkannya ke dalam bukaan saluran kencing.
Selepas ereksi berlaku, alat berupa getah akan diletakkan di pangkal zakar bagi mengekalkannya. Alat vakum plastik kemudian dialih sebelum meneruskan hubungan seks. Getah tadi perlu dilepaskan dalam masa 30 minit atau pembengkakan boleh berlaku.
Prostesis Zakar,doktor bedah juga boleh memasukkan rod ke dalam zakar secara kekal bagi menyelesaikan masalah ini.
Rawatan lemah tenaga batin juga terdiri daripada kaedah pengubahsuaian gaya hidup iaitu dengan pengubahsuaian gaya hidup termasuklah dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih